Saturday, December 1, 2018

BAB 10


PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


Menurut artikel yang saya kaji bertajuk “Pendidikan Pelbagai Budaya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia” yang ditulis oleh Azwani Ismail dan Zahara Aziz, artikel ini menerangkan tentang pendidikan pelbagai budaya di Malaysia yang harus diterapkan bagi memastikan pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan walaupun dengan pelbagai budaya seperti perbezaan Bahasa, etnik dan ciri-ciri ras. Pendidikan pelbagai budaya bukan perkara yang baru di Malaysia, malah pendidikan ini telah diberikan penekanan sejak laporan Barnes (1951), laporan Fen-Wu (1951) dan   Ordinan Pendidikan 1952 dibentangkan. Pendidikan pelbagai budaya merupakan proses di dalam pendidikan yang membabitkan lebih dari satu budaya.
Menurut Banks pada tahun 1989 yang merupakan seorang perantis dalam pendidikan pelbagai budaya menyatakan bahawa terdapat tiga aspek yang membabitkan pendidikan pelbagai budaya iaitu konsep, gerakan dan proses. Di dalam ketiga-tiga konsep ini ada menjelaskan bahawa semua pelajar harus mendapatkan hak pendidikan yang sama tanpa mengira agama dan budaya, melakukan perubahan terhadap sekolah dan institusi pendidikan agar pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang mempunyai peluang untuk belajar. Perubahan yang dilakukan meliputi aspek kurikulum, metodologi, strategi, pengurusan pembelajaran termasuk sekolah itu sendiri.
Di dalam artikel ini menjelaskan bahawa pendidikan pelbagai budaya merupakan proses untuk membentuk cara hidup yang saling menghormati terhadap kepelbagaian budaya yang wujud di kalangan masyarakat di Malaysia. Pendidikan budaya amat penting bagi memastikan tidak berlaku sebarang konflik yang boleh menjejaskan kesatuan bangsa malah dapat membentuk kesatuan bangsa yang tidak mudah retak.

No comments:

Post a Comment

JURNAL

Artikel yang dirujuk artikel dibawah merupakan sumber rujukan bagi menyiapkan semua bab. Diharapkan dapat membantu dan memudahkan anda s...