PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
Falsafah pendidikan khas di Malaysia
adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran,
berhaluan, berupaya, berkemahiran, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang
individu dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas. Pendidikan khas
merujuk kepada golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta
yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas. Golongan yang
berkeperluan khas ini memerlukan orang untuk membimbing mereka dan mereka
sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.
Di
dalam pendidikan khas, terdapat objektif yang disediakan bagi menjamin
kanak-kanak yang berkeperluan khas dalam bidang pendidikan serta mencungkil
bakat yang terpendam di dalam diri golongan ini. Antara contoh objektif
pendidikan khas ialah menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi
murid dengan keperluan khas, menyediakan pendidikan yang sesuai dan releven
kepada setiap murid dengan keperluan khas serta memastikan tenaga pengajar yang
mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. Di dalam golongan yang
berkeperluan khas, terdapat 5 kategori orang yang berkeperluan khas iaitu
kelainan upaya pendengaran, kelainan upaya penglihatan, kelainan upaya fizikal,
Celebral palsy dan masalah pembelajaran. Kelainan upaya pendengaran melibatkan
keupayaan untuk mendengar iaitu pekat serta bisu.
Kelainan
upaya penglihatan pula melibatkan maslah rabun dan buta manakala kelainan upaya
fizikal pula melibatkan kecacatan anggota badan seperti penyakit polio, kudung
dan distrofi otot. Celebral palsy pula meliputi hemiplegia, diplegia dan
kuadriplegia. Kategori yang terakhir adalah masalah pembelajaran yang merujuk
kepada perkembangan yang lambat bagi kanak-kanak berusia bawah tiga tahun.
Antara contoh masalah dalm pembelajaran adalah Sindrom Down, autism, ADHD,
terencat akal dan maslah seperti disleksia dan disgrafia. Dalam mengurus murid
pelbagai upaya, pelbagai cabaran yang bakal ditempuhi oleh pendidik dan perkara
ini memerlukan kesabaran yang tinggi untuk memahami perasaan dan tingkah laku
pelajar agar pendidikan dapat dijalankan dengan lancar.
No comments:
Post a Comment