SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Berkaitan dengan tajuk sekolah dan
persekitaran, sekolah dapat dirumuskan sebagai pusat berlakunya penyebaran
maklumat dan ilmu pengetahuan. Pendidikan di sekolah amat diberikan penekanan
kepada masyarakat untuk menuntut ilmu bagi membina masyarakat yang berilmu
pengetahuan. Persekitaran sekolah pula merupakan kawasan yang terletak
disekeliling tempat iaitu masyarakat yang menetap berhampiran dengan kawasan
sekolah. Menurut Ruhani Mat Min (2009), budaya yang terdapat di dalam sekolah
merangkumi peraturan, norma-norma dan suasana persekitaran di sekolah.
persekitaran terbahagi kepada dua iaitu persekitaran fizikal dan persekitaran
psikososial.
Persekitaran
fizikal merujuk kepada sumber bahan pembelajaran dan ruang atau sudut
pembelajaran. Manakala persekitaran psikososial merujuk kepada suasana
pembelajaran seperti suasan yang selesa dan mesra, bebas dari ancaman bahaya
dan menggalakkan pembelajaran koperatif. Di dalam tajuk ini, hubungan antara
sekolah dan masyarakat amat penting dan diberikan penekanan. Hal ini kerana,
sekolah menjadi ejen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran dengan
mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran
dan kehendak masyarakat. Pihak sekolah dan masyarkat saling berganding bahu
dalam membina anak muda yang berjaya.
Ibu bapa dan pihak sekolah telah membina
hubungan yang erat melalui bantuan dana yang dihulurkan bagi memastikan keadaan
sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang baik sebagai pusat penyebaran ilmu.
Ibu bapa juga turut membantu pihak sekolah dalam membanteras masalah sosial
pelajar serta memberikan sokongan kepada sekolah dengan menghadiri jemputan
sekolah untuk memberikan motivasi kepada pelajar serta menghadiri Persatuan Ibu
Bapa dan Guru(PIBG). Melalui PIBG ini, hubungan antara guru dan ibu bapa dapat dikukuhkan
lagi kerana mereka saling berganding bahu untuk membantu dalam memajukan lagi
perkembangan murid, menjaga kebajikan murid, menambah sumber kewangan sekolah
dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment