PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Di dalam tajuk pengurusan alam
pembelajaran ini mempunyai tiga faktor iaitu persediaan ke alam persekolahan,
kajian di sekolah dan juga Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Konsep pengajaran
merujuk kepada cara yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan bahan yang
hendak diajar. Terdapat dua objektif pengajaran iaitu objektif implisit dan
objektif eksplisit. Objektif implisit ini melibatkan perubahan tingkah laku
yang ketara sebagai contoh dalam memahami pengajaran yang diajarkan. Objektif
eksplisit pula melibatkan perubahan tingkah laku yang dapat dilihat seperti
dapat menyenaraikan dan menjelaskan sesuatu pengajaran.
Sebelum menghadapi persediaan dalam
pengajaran, setiap guru harus mempunyai buku rekod mengajar sebagai pelan
tindakan mengajar mereka. di dalam buku rekod ini wajib mengandungi Rancangan
Pelajaran Tahunan dan juga rancangan yang berdasarkan taqwim minggu
persekolahan. Di dalam buku ini mempunyai isi ringkas daripada rancangan
pengajaran yang merujuk kepada sukatan kebangsaan. Bagi memulakan suatu
pengajaran, perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran harus
dititikberatkan iaitu dengan menyediakan set induksi yang merupakan permulaan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Set induksi ini bertujuan untuk
menghasilkan aliran pemikiran dan merangsang minat pelajar dalam topik yang
akan dibincangkan di dalam kelas.
Berkaitan
dengan kajian di sekolah, Barlett (2001) berpendapat bahawa kajian merujuk
kepada pengumpulan data yang sistematik, pembentangan dan juga analisis data.
Kajian yang digunakan adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan seharian
dalam erti kata sistematik untuk memajukan teori atau menyelesaikan masalah.
Kajian kes ini bertujuan untuk melatih pendidik di Kementerian Pelajaran untuk
mengeluarkan kajian yang berkualiti bagi meningkatkan lagi pengajaran dan
pembeljaaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). Selepas itu
adalah Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) yang bertujuan untuk memberikan
peluang kepada guru pelatih untuk memahami situasi di dalam persekitaran
sekolah. ROS ini merupakan sebagai pendedahan awal kepada guru pelatih untuk
mengetahui berkaitan dengan pentadbiran dan organisasi sekolah melalui
pemerhatian yang dibuat.
No comments:
Post a Comment