Menurut
Kamus Dewan, nasihat merupakan ajaran, petunjuk yang baik, peringatan,
mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai
hal. Selain itu, Zuraidah (1994) berpendapat bahawa memberi nasihat merupakan
strategi dalam menyelesaian masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang
terlibat. Antara ciri-ciri penasihatan adalah berfokuskan kepada permasalahan
yang dihadapi, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap
lebih berautoriti kepada seorang yang lain. Selepas itu, memberi nasihat adalah
strategi yang paling cepat untuk mengatasi masalah jika nasihat itu
meninggalkan kesan.
Antara objektif yang terdapat di dalam
penasihatan murid ini adalah guru didedahkan tentang rasional melaksanakan
bimbingan dan penasihatan, guru dapat membezakan peranan di antara pembimbing,
kaunselor dan guru disiplin serta dapat meningkat kefahaman tentang aplikasi
guru sebagai pembimbing dan penasihat di sekolah. Antara faktor utama guru
sebagai pembimbing adalah bagi memastikan pencapaian akademik murid, mengatasi
masalah kemerosotan akademik, membantu murid dalam membuat pemilihan pengajian
serta psikososial pelajar. Daripada faktor yang dikemuka ini, jelas menunjukkan
bahawa guru penasihat berperanan bagi membantu pelajar dalam meningkatkan lagi
pengetahuan dan minat dalam akademik serta tidak berlaku sebarang masalah yang
berkaitan dengan tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan akademik pelajar.
Di
setiap sekolah, pasti terdapat guru penasihat murid bagi membantu sebarang
masalah yang dihadapi oleh murid. Antara ciri-ciri yang terdapat pada guru
penasihat ini adalah sentiasa menerima pandangan, terbuka dengan idea baru,
menjadi model komunikasi dan perhubungan individu serta mampu memberikan
galakan suasana pembelajaran yang positif. Amat penting bagi guru penasihat
murid mempunyai ciri-ciri tersebut kerana mereka perlu sentiasa berkomunikasi
dengan pelajar. kesabaran yang tinggi perlu ada untuk menjadi guru pensihat
murid kerana setiap kerenah dan permalahan murid harus ditangani dengan
berkesan dan menimbulkan perasaan tenang kepada pelajar.
No comments:
Post a Comment