Di
dalam tajuk ini membincangkan berkaitan dengan pengurusan tingkah laku,
peraturan dan disiplin murid serta pengurusan devein dan tingkah laku. Disiplin
merujuk kepada peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di
sekolah bagi mewujudkan tingkah laku yang baik. Murid wajib mengikut disiplin
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah agar sebarang isu berkaitan dengan
masalah tingkah laku tidak terjadi. Bagi menangani isu tingkah laku dan
disiplin pelajar, pihak sekolah harus mengikut prosedur tindakan tingkah laku
agar hukuman yang dikenakan tidak akan menjejaskan lagi masalah murid. Pihak
sekolah tidak sepatutnya terus menjatuhkan hukuman kepada pelajar tanpa
melakukan usul periksa.
Pihak
sekolah harus merujuk kepada buku Tatacara Pengurusan Disiplin Sekolah dan
Surat Pekeliling Ikhtisas. Di dalam buku ini, segala jenis hukuman dan cara
mengurus jenis hukuman ada tertulis sebagai rujukan untuk guru dalam menangani
masalah disiplin dan tingkah laku di sekolah. Guru dan pihak sekolah tidak
boleh menjatuhkan hukuman kepada murid sewenang-wenangnya tanpa mengikut
prosedur yang ditetapkan. Mereka tidak boleh menjatuhkan hukuman yang boleh
menjatuhkan maruah murid serta hukaman yang boleh mendatangkan kecedaraan
kepada mereka.
Dalam
menghadapi pelajar yang mempunyai masalah disiplin, terdapat tatacara yang
harus diikuti iaitu pihak sekolah harus memastikan kebenaran aduan yang
diterima dan setelah mendapat kepastian, pihak sekolah harus membuat siasatan
untuk membuktikan kesalahan pelajar tersebut. Selepas itu, kes ini akan
dibicarakan dan pelajar mempunyai hak untuk membela diri supaya pengetua dapat
mempertimbangkan dengan seadilnya. Sekiranya pelajar Berjaya membuktikan tidak
bersalah, pengetua tidak akan menjatuhkan hukuman kerana tiada bukti yang
kukuh. Tetapi sekiranya pelajar didapati bersalah, pengetua harus menjatuhkan
hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment