Kesimpulannya, profesion mengajar
merupakan tugas professional yang memerlukan daya tahan, daya saing dan
kemahiran kepimpinan yang baik yang datang dari bakat dan kebolehan individu
tersebut. Sebagai guru yang baik ialah
guru yang pandai menguruskan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru perlu menunjukkan pengalaman yang mereka
ada ketika berada di dalam kelas. Guru
juga perlu memupuk sikap keyakinan diri dalam diri pelajar seperti melakukan
aktiviti pembentangan dalam berkumpulan.
Aktiviti pembentangan berkumpulan secara tidak langsung dapat
meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar.
Guru juga perlu meningkatkan tahap
berkomunikasi dengan pelajar secara jelas dalam pengajaran dan
pembelajaran. Komunikasi memainkan
peranan yang dalam pengajaran dan pembelajaran kerana komunikasi yang baik dan
teratur mampu mewujudkan kefahaman yang mendalam oleh pelajar. Guru-guru yang telah menjalani penguruan
sepatutnya memiliki kompetensi berdasarkan pengetahuan teori, latihan pratikal
dan kemahiran insaniah. Kemampuan dan
keupayaan para guru dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran mampu
melahirkan dan mewujudkan suasana yang ceria, kondusif dan menyeronokkan di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran disaming membentuk pelajar yang aktif
dan berkeyakinan dalam diri.
Kesemua elemen-elemen di dalam kompetensi
penguruan pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting untuk dijadikan
panduan kepada para guru dan pihak pentadbiran sekolah dan menguruskan
pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment