Saturday, December 1, 2018

BAB 4

PENGURUSAN MURID



Menurut slaid yang saya gunakan, pengurusan murid ini melibatkan pengurusan rekod murid, kesediaan murid dalam pembelajaran serta memotivasikan murid. Bagi pengurusan rekod murid, Penolong Kanan HEM harus memastikan sistem pengurusan murid dan sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat dimantapkan lagi. Sistem pengurusan murid harus dijalankan dengan baik bagi memastikan perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar dapat ditingkatkan. Di dalam pengurusan sistem pengajaran dan pembelajaran terdapat empat kategori iaitu pengurusan hasil kerja murid, maklum balas dan prosedur pemantauan, pemantauan kerja murid “in progress” dan “long-range” dan akhir sekali adalah komunikasi tugasan dan keperluan tugasan.
            Konsep kesediaan pelajar pula merujuk kepada keadaan di dalam diri sendiri yang terdapat pada seseorang yang bersedia dan berkebolehan untuk mempengaruhi sesuatu pengalaman pembelajaran yang baru. Kesediaan belajar merangkumi kesediaan kognitif. Kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor yan bergantung kepada perkembangan mental, emosi dan fizikal. Kesediaan kognitif amat penting bagi pelajar kerana ianya berkait rapat dengan mental untuk memahami dan juga berfikir. Manakala kesediaan afektif pula merujuk kepada sikap, keinginan, ketekunan, perasaan untuk menerima pembelajaran yang cuba disampaikan. Akhir sekali adalah kesediaan psikomotor merupakan penguasaan kemahiran yang melibatkan tindakan fizikal.
            Walau bagaimanapun, terdapat masalah yang melibatkan perbezaan kesediaan pelajar yang boleh menyebabkan pelajar mudah dalam pembelajaran dan sebaliknya. Antara masalah yang melibatkan masalah perbezaan dalam kesediaan belajar adalah perbezaan perkembangan mental, perbezaan sikap dan minat, perbezaan kadar pertumbuhan fizikal, perbezaan keyakinan diri, perbezaan jantina dan juga perbezaan dalam diri individu. Daripada perbezaan yang terdapat di dalam diri pelajar ini menunjukkan bahawa setiap pelajar mempunyai masalah dan latar belakang yang berbeza. Oleh itu amat penting bagi guru untuk mengetahui perkara tersebut agar setiap pelajar tidak terlepas dalam memperolehi sebarang maklumat. Guru harus menguasai kemahiran yang sepatutnya untuk menghadapi masalah perbezaan yang timbul di kalangan pelajar. Bagi memasikan kesediaan pelajar, motivasi mampu membantu para pelajar kerana konsep motivasi merupakan satu cara bagi menentukan tingkah laku untuk mencapai sesuatu yang ingin dicapai. Terdapat dua jenis motivasi iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ini melibatkan pengaruh guru tersebut bagi memastikan pelajar memperoleh matlamat dalam pembelajaran yang telah ditetapkan. Manakala peneguhan negatif pula merujuk kepada kaedah guru bagi membentu pelajar agar tidak terlibat dengan perkara yang negative yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment

JURNAL

Artikel yang dirujuk artikel dibawah merupakan sumber rujukan bagi menyiapkan semua bab. Diharapkan dapat membantu dan memudahkan anda s...