Saturday, December 1, 2018

BAB 5


PENGURUSAN BILIK DARJAH.

Berdasarkan artikel yang saya kaji iaitu” pengurusan bilik darjah”, terdapat empat subtopik yang telah dibincangkan berkaitan dengan konsep pengurusan bilik darjah, Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah, rutin bilik darjah dan disiplin bilik darjah. Artikel ini mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai tindakan yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah agar sentiasa dituruti oleh pelajar agar membina suasana bilik darjah yang kondusif dan disiplin pelajar dapat diurus secara berkesan. Daripada hasil bacaan saya, terdapat dua faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah iaitu faktor fizikal dan faktor psikososial.

Faktor fizikal adalah berkaitan dengan bagaimana keadaan bilik darjah yang menarik dapat membantu dalam proses pembelajaran pelajar. Di dalam setiap bilik darjah, susunan peralatan dan kemudahan di dalam bilik darjah harus diberikan penekanan bagi membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor psikososial pula merujuk kepada keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Terdapat faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat iaitu pendekatan pelajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi. Daripada faktor tersebut menunjukkan bagaimana proses pembelajaran dilaksanakan dan kepimpinan yang berbeza dibawa oleh guru mampu memberikan kesan yang positif terhadap suasana pembelajaran. Terdapat dua jenis kepimpinan yang dibawa oleh guru iaitu kepimpinan berbentuk autoritarian dan juga demokratik.

Kepimpinan autoritarian dapat dijelaskan dengan sikap guru yang menggunakan cara memberikan ganjaran dan hukuman terhadap sikap yang dibawa oleh murid manakala guru yang membawa jenis kepimpinan secara demokratik pula membawa sikap antara guru yang saling hormat-menghormati dan guru sentiasa memberikan galakan dan sokongan moral kepada pelajarnya. Hal ini mampu memningkatka komunikasi yang baik diantara guru dan pelajar dan mampu meningkatkan lagi suasana pembelajaran yang harmoni. Pengurusan bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar apabila terdapat rutin bilik darjah disediakan. Rutin bilik darjah merupakan aktiviti harian yang dijalankan di dalam kelas yang mampu mengeratkan lagi semangat bekerjasama di kalangan murid malah disiplin dikalangan murid juga mampu menaikkan sahsiah diri murid-murid. Oleh itu, amat penting bagi guru untuk memastikan disiplin pelajar terjaga agar murid-murid tidak menghadapi sebarang masalah yang boleh mengganggu sepanjang aktiviti pembelajaran.

No comments:

Post a Comment

JURNAL

Artikel yang dirujuk artikel dibawah merupakan sumber rujukan bagi menyiapkan semua bab. Diharapkan dapat membantu dan memudahkan anda s...