Pengurusan
sumber merujuk kepada pusat sumber yang terdapat pelbagai sumber-sumber yang
dikehendaki dan pusat sumber merupakan satu tempat yang wajib ada di setiap
sekolah. Pusat sumber turut dikenali sebagai tempat perkhidmatan, koleksi serta
sebagai agen perubahan. Pusat sumber merupakan tempat yang mampu memberikan
suasana pembelajaran yang selesa kerana faktor persekitaran yang tenang dan
damai. Perkhidmatan yang disediakan di dalam pusat sumber turut membolehkan
para pelajar memperoleh kemahiran di dalam pembelajaran, di samping koleksi
bahan yang terdapat di dalam pusat sumber disediakan dengan teratur dan
sentiasa dikemaskini agar maklumat yang terdapat di situ mengikut perkembangan
pendidikan.
Kaedah pembelajaran berasaskan sumber meliputi satu mata pelajaran
tertentu atau melibatkan berbagai disiplin pelajaran. Kaedah ini dibimbing oleh
guru dan berpusatkan murid dan sering menggunakan bahan dalam pembelajaran
secara individu atau kumpulan. Komponen pembelajaran berasaskan sumber pula
meliputi penggunaan buku teks. Melalui buku teks ini, murid-murid akan
menjalankan penelitian dalam mencari bahan dari pelbagai sumber seperti buku
teks, artikel, jurnal dan sebagainya. Pembelajaran berasaskan sumber merupakan
aktiviti pembelajaran yang memberikan penekanan kepada sumber pendidikan agar
melalui pendekatan seumpama ini, murid-murid dapat meningkatkan lagi motivasi
belajar kerana mereka telah didedahkan dengan kaedah kerja melalui bahan sumber
yang digunakan
No comments:
Post a Comment