Sunday, December 2, 2018

JURNAL

Artikel yang dirujuk


artikel dibawah merupakan sumber rujukan bagi menyiapkan semua bab. Diharapkan dapat membantu dan memudahkan anda semua untuk memahami apa yang dicari. 


SUMBER

SUMBER DARI YOUTUBE


Dibawah ini kami telah menyediakan beberapa link dari youtube yang boleh anda lawati untuk mencari maklumat lebih lanjut mengenai subjek pengurusan dan pembelajaran dalam negara dan di luar negara.
selamat belajar 😉

TEORI SOSIOLOGI

PENGURUSAN PEMBELAJARAN(SOSIOLOGI PENDIDIKAN)

SOSIOLOGI

v  Kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut
v  Masyarakat: kumpulan manusia saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena social
v  Sistematik dan saintifik: penting dalam pendidikan kerana bidang pendidikan mempunyai ciri-ciri sains
v  Sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas
v  Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia social
v  Imaginasi sosiologi penting dalam mengenal pasti peranan pendidik dalam masyarakat. Pendidik perlu berupaya melihat kehidupan dirinya dan kehidupan orang lain sebagai berada pada struktur sosial tertentu
v  Pendidik perlu tahu tentang s osiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yangdikelilingi masyarakat
v  Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi
v  Oleh yang demikian pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain
v  Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi

PERSPEKTIF TEORI SOSIOLOGI

PENDIDIKAN
·         Sosiologi: teori lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian
·         3 teori utama:
-          Fungsionalisme
-          Konflik
-          Interaksionisme Simbolik

TEORI FUNGSIONALISME
  • Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat
  • Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri [ada tujuan dan keperluan tertentu]
  • Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat


TEORI KONFLIK

ØMenganalisis konflik-konflik dalam masyarakat
Ø Berlaku konflik dalam struktur masyarakat
Ø Mengkritik kapitalisme
ØPersoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya


TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK
  • ·       Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
  •         Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif
  • ·         Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia
  • ·         Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya
  • ·      Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan hubungan bertambah mesra
  • ·         Makna adalah sesuatu yang dirundingkan
  • ·         Manusia membentuk hubungan melalui simbol dan proses menginterprestasikan symbol
  • ·         Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar
  • ·         Manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri
  • ·         Kebolehan ini membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya menentukan tindakan atau aksi yang sesuai
  • ·         Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat


Ibnu Khaldun (1332-1406)

ØMengkaji perubahan dan fenomena sosial
Ø Mengkaji perkaitan antara institusi sosial
Ø Membezakan antara masyarakat primitive dan moden
Ø Menghubungkan pemikiran sosiologi dengan sejarah
ØPenyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirical



AUGUSTE COMTE (1798-1857)

Ø Mengasaskan ilmu Sosiologi (Barat)
ØMemperkanalkan hieraki sains dengan sosiologi kedudukan teratas (ratu)
Ø Sosiologi ilmu sains paling kompleks berbanding dengan sains lain
ØPenyelidikan dilakukan secara saintifik dan sistematik
ØMembahagikan masyarakat kepada statik dan dinamik
ØPerkembangan atau perubahan masyarakat berlaku secara evolusi
ØMenekankan perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat moden

KARL MARX (1818-1883)

ØMenganalisis hubungan masyarakat dengan sistem kapitalis dan mencipta teori melalui penelitian terhadap proses perubahan sejarah sosial
Ø Perubahan sosial adalah pengaruh ekonomi
Ø Mengkritik kapitalisme
Ø Pengasas teori konflik
  

EMILE DURKHEIM (1858-1917)

ØMengkaji manusia seperti mengkaji benda (fungsionalisme)
Ø Perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat
Ø Moraliti dalam masyarakat moden
Ø Anomie menyebabkan masyarakat moden memerlukan moral

MAX WEBER (1864-1920)

ØStrafikasi disebabkan oleh multidimensi: berasaskan ekonomi, status dan kuasa
Ø Agama penting sebagai agen perubahan
Ø Rasionalisasi dalam masyarakat moden
Ø Perubahan sosial adalah akibat daripada idea dan nilai (selain faktor ekonomi)
Ø Kajian sosial: manusia perlu ambil kira tentang peri laku (tidak sama seperti mengkaji sains fizikal)

GEORGE HERBERT MEAD (1863-1931)

ØKonsep simbol dan bahasa
Ø Interaksionisme simbolik: simbol yang mempunyai makna
Ø Konsep: kendiri, masyarakat dan minda
Ø Simbol: perkataan, objek, perlakuan, bahasa
Ø Kendiri: definisi siapakah kita/untuk mengenali diri sendiri
Ø Pemikiran: penghayatan dalam kendiri individu terhadap isyarat

TOKOH LAIN

ØHERBERT SPENCER: Perkembangan masyarakat berlaku secara evolusi
Ø PIERRE BOURDIEU: Habitus, Modal Budaya, Penganiayaan Simbolik
Ø C WRIGHT MILLS: Imaginasi sosiologi
Ø BASIL BERNSTEIN: Kod sosial/bahasa
ØDAVID HARGREAVES: Konsep guru dan interaksi



KONSEP SOSIALISASI

§Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi
sosial.
§Satu proses pembelajaran yang berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam
keluarga/budaya
§Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep . Semakin dewasa manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi


Teori Sosialisasi memberi perhatian kepada:
a) Perkembangan kognitif
b) Pemerolehan moral
c) Perkembangan kemahiran social

JENIS SOSIALISASI

1. Sosialisasi Permulaan: Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang. Di peringkat ini kanak-kanak belajar dari orang dewasa/ ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penakulan dan kemahiran bahasa

2. Sosialisasi Sekunder ( sosialisasi penyertaan)
• Satu proses sosialisasi rangsangan di luar lengkungan primer (keluarga)
• Proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan ditonton/ dibaca, sekolah, gender, kelas sosial dan ras.
• Individu akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya

3. Sosialisasi Semula (resosialisasi)
• Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada
• Boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah dll
Faktor yang melengkari sosialisasi
a) Keluarga
b) Agama
c) Pendidikan
d) Ekonomi
e) Kerajaan/ suasana persekitaran politik

Saturday, December 1, 2018

BAB 13


PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

            Di dalam tajuk pengurusan alam pembelajaran ini mempunyai tiga faktor iaitu persediaan ke alam persekolahan, kajian di sekolah dan juga Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Konsep pengajaran merujuk kepada cara yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Terdapat dua objektif pengajaran iaitu objektif implisit dan objektif eksplisit. Objektif implisit ini melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara sebagai contoh dalam memahami pengajaran yang diajarkan. Objektif eksplisit pula melibatkan perubahan tingkah laku yang dapat dilihat seperti dapat menyenaraikan dan menjelaskan sesuatu pengajaran.
 Sebelum menghadapi persediaan dalam pengajaran, setiap guru harus mempunyai buku rekod mengajar sebagai pelan tindakan mengajar mereka. di dalam buku rekod ini wajib mengandungi Rancangan Pelajaran Tahunan dan juga rancangan yang berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Di dalam buku ini mempunyai isi ringkas daripada rancangan pengajaran yang merujuk kepada sukatan kebangsaan. Bagi memulakan suatu pengajaran, perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran harus dititikberatkan iaitu dengan menyediakan set induksi yang merupakan permulaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Set induksi ini bertujuan untuk menghasilkan aliran pemikiran dan merangsang minat pelajar dalam topik yang akan dibincangkan di dalam kelas.
Berkaitan dengan kajian di sekolah, Barlett (2001) berpendapat bahawa kajian merujuk kepada pengumpulan data yang sistematik, pembentangan dan juga analisis data. Kajian yang digunakan adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan seharian dalam erti kata sistematik untuk memajukan teori atau menyelesaikan masalah. Kajian kes ini bertujuan untuk melatih pendidik di Kementerian Pelajaran untuk mengeluarkan kajian yang berkualiti bagi meningkatkan lagi pengajaran dan pembeljaaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). Selepas itu adalah Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada guru pelatih untuk memahami situasi di dalam persekitaran sekolah. ROS ini merupakan sebagai pendedahan awal kepada guru pelatih untuk mengetahui berkaitan dengan pentadbiran dan organisasi sekolah melalui pemerhatian yang dibuat.

BAB 12


SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

            Berkaitan dengan tajuk sekolah dan persekitaran, sekolah dapat dirumuskan sebagai pusat berlakunya penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Pendidikan di sekolah amat diberikan penekanan kepada masyarakat untuk menuntut ilmu bagi membina masyarakat yang berilmu pengetahuan. Persekitaran sekolah pula merupakan kawasan yang terletak disekeliling tempat iaitu masyarakat yang menetap berhampiran dengan kawasan sekolah. Menurut Ruhani Mat Min (2009), budaya yang terdapat di dalam sekolah merangkumi peraturan, norma-norma dan suasana persekitaran di sekolah. persekitaran terbahagi kepada dua iaitu persekitaran fizikal dan persekitaran psikososial.
Persekitaran fizikal merujuk kepada sumber bahan pembelajaran dan ruang atau sudut pembelajaran. Manakala persekitaran psikososial merujuk kepada suasana pembelajaran seperti suasan yang selesa dan mesra, bebas dari ancaman bahaya dan menggalakkan pembelajaran koperatif. Di dalam tajuk ini, hubungan antara sekolah dan masyarakat amat penting dan diberikan penekanan. Hal ini kerana, sekolah menjadi ejen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran dengan mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat. Pihak sekolah dan masyarkat saling berganding bahu dalam membina anak muda yang berjaya.
 Ibu bapa dan pihak sekolah telah membina hubungan yang erat melalui bantuan dana yang dihulurkan bagi memastikan keadaan sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang baik sebagai pusat penyebaran ilmu. Ibu bapa juga turut membantu pihak sekolah dalam membanteras masalah sosial pelajar serta memberikan sokongan kepada sekolah dengan menghadiri jemputan sekolah untuk memberikan motivasi kepada pelajar serta menghadiri Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG). Melalui PIBG ini, hubungan antara guru dan ibu bapa dapat dikukuhkan lagi kerana mereka saling berganding bahu untuk membantu dalam memajukan lagi perkembangan murid, menjaga kebajikan murid, menambah sumber kewangan sekolah dan sebagainya.

BAB 11


PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

            Falsafah pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, berkemahiran, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas. Pendidikan khas merujuk kepada golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas. Golongan yang berkeperluan khas ini memerlukan orang untuk membimbing mereka dan mereka sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.
Di dalam pendidikan khas, terdapat objektif yang disediakan bagi menjamin kanak-kanak yang berkeperluan khas dalam bidang pendidikan serta mencungkil bakat yang terpendam di dalam diri golongan ini. Antara contoh objektif pendidikan khas ialah menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas, menyediakan pendidikan yang sesuai dan releven kepada setiap murid dengan keperluan khas serta memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. Di dalam golongan yang berkeperluan khas, terdapat 5 kategori orang yang berkeperluan khas iaitu kelainan upaya pendengaran, kelainan upaya penglihatan, kelainan upaya fizikal, Celebral palsy dan masalah pembelajaran. Kelainan upaya pendengaran melibatkan keupayaan untuk mendengar iaitu pekat serta bisu.
Kelainan upaya penglihatan pula melibatkan maslah rabun dan buta manakala kelainan upaya fizikal pula melibatkan kecacatan anggota badan seperti penyakit polio, kudung dan distrofi otot. Celebral palsy pula meliputi hemiplegia, diplegia dan kuadriplegia. Kategori yang terakhir adalah masalah pembelajaran yang merujuk kepada perkembangan yang lambat bagi kanak-kanak berusia bawah tiga tahun. Antara contoh masalah dalm pembelajaran adalah Sindrom Down, autism, ADHD, terencat akal dan maslah seperti disleksia dan disgrafia. Dalam mengurus murid pelbagai upaya, pelbagai cabaran yang bakal ditempuhi oleh pendidik dan perkara ini memerlukan kesabaran yang tinggi untuk memahami perasaan dan tingkah laku pelajar agar pendidikan dapat dijalankan dengan lancar.


BAB 10


PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


Menurut artikel yang saya kaji bertajuk “Pendidikan Pelbagai Budaya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia” yang ditulis oleh Azwani Ismail dan Zahara Aziz, artikel ini menerangkan tentang pendidikan pelbagai budaya di Malaysia yang harus diterapkan bagi memastikan pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan walaupun dengan pelbagai budaya seperti perbezaan Bahasa, etnik dan ciri-ciri ras. Pendidikan pelbagai budaya bukan perkara yang baru di Malaysia, malah pendidikan ini telah diberikan penekanan sejak laporan Barnes (1951), laporan Fen-Wu (1951) dan   Ordinan Pendidikan 1952 dibentangkan. Pendidikan pelbagai budaya merupakan proses di dalam pendidikan yang membabitkan lebih dari satu budaya.
Menurut Banks pada tahun 1989 yang merupakan seorang perantis dalam pendidikan pelbagai budaya menyatakan bahawa terdapat tiga aspek yang membabitkan pendidikan pelbagai budaya iaitu konsep, gerakan dan proses. Di dalam ketiga-tiga konsep ini ada menjelaskan bahawa semua pelajar harus mendapatkan hak pendidikan yang sama tanpa mengira agama dan budaya, melakukan perubahan terhadap sekolah dan institusi pendidikan agar pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang mempunyai peluang untuk belajar. Perubahan yang dilakukan meliputi aspek kurikulum, metodologi, strategi, pengurusan pembelajaran termasuk sekolah itu sendiri.
Di dalam artikel ini menjelaskan bahawa pendidikan pelbagai budaya merupakan proses untuk membentuk cara hidup yang saling menghormati terhadap kepelbagaian budaya yang wujud di kalangan masyarakat di Malaysia. Pendidikan budaya amat penting bagi memastikan tidak berlaku sebarang konflik yang boleh menjejaskan kesatuan bangsa malah dapat membentuk kesatuan bangsa yang tidak mudah retak.

JURNAL

Artikel yang dirujuk artikel dibawah merupakan sumber rujukan bagi menyiapkan semua bab. Diharapkan dapat membantu dan memudahkan anda s...