Sunday, December 2, 2018

JURNAL

Artikel yang dirujuk


artikel dibawah merupakan sumber rujukan bagi menyiapkan semua bab. Diharapkan dapat membantu dan memudahkan anda semua untuk memahami apa yang dicari. 


SUMBER

SUMBER DARI YOUTUBE


Dibawah ini kami telah menyediakan beberapa link dari youtube yang boleh anda lawati untuk mencari maklumat lebih lanjut mengenai subjek pengurusan dan pembelajaran dalam negara dan di luar negara.
selamat belajar 😉

TEORI SOSIOLOGI

PENGURUSAN PEMBELAJARAN(SOSIOLOGI PENDIDIKAN)

SOSIOLOGI

v  Kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut
v  Masyarakat: kumpulan manusia saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena social
v  Sistematik dan saintifik: penting dalam pendidikan kerana bidang pendidikan mempunyai ciri-ciri sains
v  Sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas
v  Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia social
v  Imaginasi sosiologi penting dalam mengenal pasti peranan pendidik dalam masyarakat. Pendidik perlu berupaya melihat kehidupan dirinya dan kehidupan orang lain sebagai berada pada struktur sosial tertentu
v  Pendidik perlu tahu tentang s osiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yangdikelilingi masyarakat
v  Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi
v  Oleh yang demikian pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain
v  Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi

PERSPEKTIF TEORI SOSIOLOGI

PENDIDIKAN
·         Sosiologi: teori lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian
·         3 teori utama:
-          Fungsionalisme
-          Konflik
-          Interaksionisme Simbolik

TEORI FUNGSIONALISME
  • Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat
  • Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri [ada tujuan dan keperluan tertentu]
  • Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat


TEORI KONFLIK

ØMenganalisis konflik-konflik dalam masyarakat
Ø Berlaku konflik dalam struktur masyarakat
Ø Mengkritik kapitalisme
ØPersoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya


TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK
  • ·       Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
  •         Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif
  • ·         Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia
  • ·         Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya
  • ·      Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan hubungan bertambah mesra
  • ·         Makna adalah sesuatu yang dirundingkan
  • ·         Manusia membentuk hubungan melalui simbol dan proses menginterprestasikan symbol
  • ·         Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar
  • ·         Manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri
  • ·         Kebolehan ini membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya menentukan tindakan atau aksi yang sesuai
  • ·         Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat


Ibnu Khaldun (1332-1406)

ØMengkaji perubahan dan fenomena sosial
Ø Mengkaji perkaitan antara institusi sosial
Ø Membezakan antara masyarakat primitive dan moden
Ø Menghubungkan pemikiran sosiologi dengan sejarah
ØPenyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirical



AUGUSTE COMTE (1798-1857)

Ø Mengasaskan ilmu Sosiologi (Barat)
ØMemperkanalkan hieraki sains dengan sosiologi kedudukan teratas (ratu)
Ø Sosiologi ilmu sains paling kompleks berbanding dengan sains lain
ØPenyelidikan dilakukan secara saintifik dan sistematik
ØMembahagikan masyarakat kepada statik dan dinamik
ØPerkembangan atau perubahan masyarakat berlaku secara evolusi
ØMenekankan perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat moden

KARL MARX (1818-1883)

ØMenganalisis hubungan masyarakat dengan sistem kapitalis dan mencipta teori melalui penelitian terhadap proses perubahan sejarah sosial
Ø Perubahan sosial adalah pengaruh ekonomi
Ø Mengkritik kapitalisme
Ø Pengasas teori konflik
  

EMILE DURKHEIM (1858-1917)

ØMengkaji manusia seperti mengkaji benda (fungsionalisme)
Ø Perkembangan pembahagian tugas dalam masyarakat
Ø Moraliti dalam masyarakat moden
Ø Anomie menyebabkan masyarakat moden memerlukan moral

MAX WEBER (1864-1920)

ØStrafikasi disebabkan oleh multidimensi: berasaskan ekonomi, status dan kuasa
Ø Agama penting sebagai agen perubahan
Ø Rasionalisasi dalam masyarakat moden
Ø Perubahan sosial adalah akibat daripada idea dan nilai (selain faktor ekonomi)
Ø Kajian sosial: manusia perlu ambil kira tentang peri laku (tidak sama seperti mengkaji sains fizikal)

GEORGE HERBERT MEAD (1863-1931)

ØKonsep simbol dan bahasa
Ø Interaksionisme simbolik: simbol yang mempunyai makna
Ø Konsep: kendiri, masyarakat dan minda
Ø Simbol: perkataan, objek, perlakuan, bahasa
Ø Kendiri: definisi siapakah kita/untuk mengenali diri sendiri
Ø Pemikiran: penghayatan dalam kendiri individu terhadap isyarat

TOKOH LAIN

ØHERBERT SPENCER: Perkembangan masyarakat berlaku secara evolusi
Ø PIERRE BOURDIEU: Habitus, Modal Budaya, Penganiayaan Simbolik
Ø C WRIGHT MILLS: Imaginasi sosiologi
Ø BASIL BERNSTEIN: Kod sosial/bahasa
ØDAVID HARGREAVES: Konsep guru dan interaksi



KONSEP SOSIALISASI

§Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi
sosial.
§Satu proses pembelajaran yang berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam
keluarga/budaya
§Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep . Semakin dewasa manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi


Teori Sosialisasi memberi perhatian kepada:
a) Perkembangan kognitif
b) Pemerolehan moral
c) Perkembangan kemahiran social

JENIS SOSIALISASI

1. Sosialisasi Permulaan: Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang. Di peringkat ini kanak-kanak belajar dari orang dewasa/ ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penakulan dan kemahiran bahasa

2. Sosialisasi Sekunder ( sosialisasi penyertaan)
• Satu proses sosialisasi rangsangan di luar lengkungan primer (keluarga)
• Proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan ditonton/ dibaca, sekolah, gender, kelas sosial dan ras.
• Individu akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya

3. Sosialisasi Semula (resosialisasi)
• Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada
• Boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah dll
Faktor yang melengkari sosialisasi
a) Keluarga
b) Agama
c) Pendidikan
d) Ekonomi
e) Kerajaan/ suasana persekitaran politik

Saturday, December 1, 2018

BAB 13


PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

            Di dalam tajuk pengurusan alam pembelajaran ini mempunyai tiga faktor iaitu persediaan ke alam persekolahan, kajian di sekolah dan juga Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Konsep pengajaran merujuk kepada cara yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Terdapat dua objektif pengajaran iaitu objektif implisit dan objektif eksplisit. Objektif implisit ini melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara sebagai contoh dalam memahami pengajaran yang diajarkan. Objektif eksplisit pula melibatkan perubahan tingkah laku yang dapat dilihat seperti dapat menyenaraikan dan menjelaskan sesuatu pengajaran.
 Sebelum menghadapi persediaan dalam pengajaran, setiap guru harus mempunyai buku rekod mengajar sebagai pelan tindakan mengajar mereka. di dalam buku rekod ini wajib mengandungi Rancangan Pelajaran Tahunan dan juga rancangan yang berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Di dalam buku ini mempunyai isi ringkas daripada rancangan pengajaran yang merujuk kepada sukatan kebangsaan. Bagi memulakan suatu pengajaran, perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran harus dititikberatkan iaitu dengan menyediakan set induksi yang merupakan permulaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Set induksi ini bertujuan untuk menghasilkan aliran pemikiran dan merangsang minat pelajar dalam topik yang akan dibincangkan di dalam kelas.
Berkaitan dengan kajian di sekolah, Barlett (2001) berpendapat bahawa kajian merujuk kepada pengumpulan data yang sistematik, pembentangan dan juga analisis data. Kajian yang digunakan adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan seharian dalam erti kata sistematik untuk memajukan teori atau menyelesaikan masalah. Kajian kes ini bertujuan untuk melatih pendidik di Kementerian Pelajaran untuk mengeluarkan kajian yang berkualiti bagi meningkatkan lagi pengajaran dan pembeljaaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). Selepas itu adalah Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada guru pelatih untuk memahami situasi di dalam persekitaran sekolah. ROS ini merupakan sebagai pendedahan awal kepada guru pelatih untuk mengetahui berkaitan dengan pentadbiran dan organisasi sekolah melalui pemerhatian yang dibuat.

BAB 12


SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

            Berkaitan dengan tajuk sekolah dan persekitaran, sekolah dapat dirumuskan sebagai pusat berlakunya penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Pendidikan di sekolah amat diberikan penekanan kepada masyarakat untuk menuntut ilmu bagi membina masyarakat yang berilmu pengetahuan. Persekitaran sekolah pula merupakan kawasan yang terletak disekeliling tempat iaitu masyarakat yang menetap berhampiran dengan kawasan sekolah. Menurut Ruhani Mat Min (2009), budaya yang terdapat di dalam sekolah merangkumi peraturan, norma-norma dan suasana persekitaran di sekolah. persekitaran terbahagi kepada dua iaitu persekitaran fizikal dan persekitaran psikososial.
Persekitaran fizikal merujuk kepada sumber bahan pembelajaran dan ruang atau sudut pembelajaran. Manakala persekitaran psikososial merujuk kepada suasana pembelajaran seperti suasan yang selesa dan mesra, bebas dari ancaman bahaya dan menggalakkan pembelajaran koperatif. Di dalam tajuk ini, hubungan antara sekolah dan masyarakat amat penting dan diberikan penekanan. Hal ini kerana, sekolah menjadi ejen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran dengan mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat. Pihak sekolah dan masyarkat saling berganding bahu dalam membina anak muda yang berjaya.
 Ibu bapa dan pihak sekolah telah membina hubungan yang erat melalui bantuan dana yang dihulurkan bagi memastikan keadaan sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang baik sebagai pusat penyebaran ilmu. Ibu bapa juga turut membantu pihak sekolah dalam membanteras masalah sosial pelajar serta memberikan sokongan kepada sekolah dengan menghadiri jemputan sekolah untuk memberikan motivasi kepada pelajar serta menghadiri Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG). Melalui PIBG ini, hubungan antara guru dan ibu bapa dapat dikukuhkan lagi kerana mereka saling berganding bahu untuk membantu dalam memajukan lagi perkembangan murid, menjaga kebajikan murid, menambah sumber kewangan sekolah dan sebagainya.

BAB 11


PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

            Falsafah pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, berkemahiran, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas. Pendidikan khas merujuk kepada golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas. Golongan yang berkeperluan khas ini memerlukan orang untuk membimbing mereka dan mereka sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.
Di dalam pendidikan khas, terdapat objektif yang disediakan bagi menjamin kanak-kanak yang berkeperluan khas dalam bidang pendidikan serta mencungkil bakat yang terpendam di dalam diri golongan ini. Antara contoh objektif pendidikan khas ialah menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas, menyediakan pendidikan yang sesuai dan releven kepada setiap murid dengan keperluan khas serta memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. Di dalam golongan yang berkeperluan khas, terdapat 5 kategori orang yang berkeperluan khas iaitu kelainan upaya pendengaran, kelainan upaya penglihatan, kelainan upaya fizikal, Celebral palsy dan masalah pembelajaran. Kelainan upaya pendengaran melibatkan keupayaan untuk mendengar iaitu pekat serta bisu.
Kelainan upaya penglihatan pula melibatkan maslah rabun dan buta manakala kelainan upaya fizikal pula melibatkan kecacatan anggota badan seperti penyakit polio, kudung dan distrofi otot. Celebral palsy pula meliputi hemiplegia, diplegia dan kuadriplegia. Kategori yang terakhir adalah masalah pembelajaran yang merujuk kepada perkembangan yang lambat bagi kanak-kanak berusia bawah tiga tahun. Antara contoh masalah dalm pembelajaran adalah Sindrom Down, autism, ADHD, terencat akal dan maslah seperti disleksia dan disgrafia. Dalam mengurus murid pelbagai upaya, pelbagai cabaran yang bakal ditempuhi oleh pendidik dan perkara ini memerlukan kesabaran yang tinggi untuk memahami perasaan dan tingkah laku pelajar agar pendidikan dapat dijalankan dengan lancar.


BAB 10


PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


Menurut artikel yang saya kaji bertajuk “Pendidikan Pelbagai Budaya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia” yang ditulis oleh Azwani Ismail dan Zahara Aziz, artikel ini menerangkan tentang pendidikan pelbagai budaya di Malaysia yang harus diterapkan bagi memastikan pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan walaupun dengan pelbagai budaya seperti perbezaan Bahasa, etnik dan ciri-ciri ras. Pendidikan pelbagai budaya bukan perkara yang baru di Malaysia, malah pendidikan ini telah diberikan penekanan sejak laporan Barnes (1951), laporan Fen-Wu (1951) dan   Ordinan Pendidikan 1952 dibentangkan. Pendidikan pelbagai budaya merupakan proses di dalam pendidikan yang membabitkan lebih dari satu budaya.
Menurut Banks pada tahun 1989 yang merupakan seorang perantis dalam pendidikan pelbagai budaya menyatakan bahawa terdapat tiga aspek yang membabitkan pendidikan pelbagai budaya iaitu konsep, gerakan dan proses. Di dalam ketiga-tiga konsep ini ada menjelaskan bahawa semua pelajar harus mendapatkan hak pendidikan yang sama tanpa mengira agama dan budaya, melakukan perubahan terhadap sekolah dan institusi pendidikan agar pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang mempunyai peluang untuk belajar. Perubahan yang dilakukan meliputi aspek kurikulum, metodologi, strategi, pengurusan pembelajaran termasuk sekolah itu sendiri.
Di dalam artikel ini menjelaskan bahawa pendidikan pelbagai budaya merupakan proses untuk membentuk cara hidup yang saling menghormati terhadap kepelbagaian budaya yang wujud di kalangan masyarakat di Malaysia. Pendidikan budaya amat penting bagi memastikan tidak berlaku sebarang konflik yang boleh menjejaskan kesatuan bangsa malah dapat membentuk kesatuan bangsa yang tidak mudah retak.

BAB 9

PENGURUSAN PENASIHAT MURID



Menurut Kamus Dewan, nasihat merupakan ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Selain itu, Zuraidah (1994) berpendapat bahawa memberi nasihat merupakan strategi dalam menyelesaian masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Antara ciri-ciri penasihatan adalah berfokuskan kepada permasalahan yang dihadapi, berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang yang lain. Selepas itu, memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi masalah jika nasihat itu meninggalkan kesan.
 Antara objektif yang terdapat di dalam penasihatan murid ini adalah guru didedahkan tentang rasional melaksanakan bimbingan dan penasihatan, guru dapat membezakan peranan di antara pembimbing, kaunselor dan guru disiplin serta dapat meningkat kefahaman tentang aplikasi guru sebagai pembimbing dan penasihat di sekolah. Antara faktor utama guru sebagai pembimbing adalah bagi memastikan pencapaian akademik murid, mengatasi masalah kemerosotan akademik, membantu murid dalam membuat pemilihan pengajian serta psikososial pelajar. Daripada faktor yang dikemuka ini, jelas menunjukkan bahawa guru penasihat berperanan bagi membantu pelajar dalam meningkatkan lagi pengetahuan dan minat dalam akademik serta tidak berlaku sebarang masalah yang berkaitan dengan tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan akademik pelajar.
Di setiap sekolah, pasti terdapat guru penasihat murid bagi membantu sebarang masalah yang dihadapi oleh murid. Antara ciri-ciri yang terdapat pada guru penasihat ini adalah sentiasa menerima pandangan, terbuka dengan idea baru, menjadi model komunikasi dan perhubungan individu serta mampu memberikan galakan suasana pembelajaran yang positif. Amat penting bagi guru penasihat murid mempunyai ciri-ciri tersebut kerana mereka perlu sentiasa berkomunikasi dengan pelajar. kesabaran yang tinggi perlu ada untuk menjadi guru pensihat murid kerana setiap kerenah dan permalahan murid harus ditangani dengan berkesan dan menimbulkan perasaan tenang kepada pelajar.

BAB 8

PENGURUSAN TINGKAH LAKU



Di dalam tajuk ini membincangkan berkaitan dengan pengurusan tingkah laku, peraturan dan disiplin murid serta pengurusan devein dan tingkah laku. Disiplin merujuk kepada peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkah laku yang baik. Murid wajib mengikut disiplin yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah agar sebarang isu berkaitan dengan masalah tingkah laku tidak terjadi. Bagi menangani isu tingkah laku dan disiplin pelajar, pihak sekolah harus mengikut prosedur tindakan tingkah laku agar hukuman yang dikenakan tidak akan menjejaskan lagi masalah murid. Pihak sekolah tidak sepatutnya terus menjatuhkan hukuman kepada pelajar tanpa melakukan usul periksa.
Pihak sekolah harus merujuk kepada buku Tatacara Pengurusan Disiplin Sekolah dan Surat Pekeliling Ikhtisas. Di dalam buku ini, segala jenis hukuman dan cara mengurus jenis hukuman ada tertulis sebagai rujukan untuk guru dalam menangani masalah disiplin dan tingkah laku di sekolah. Guru dan pihak sekolah tidak boleh menjatuhkan hukuman kepada murid sewenang-wenangnya tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan. Mereka tidak boleh menjatuhkan hukuman yang boleh menjatuhkan maruah murid serta hukaman yang boleh mendatangkan kecedaraan kepada mereka.
Dalam menghadapi pelajar yang mempunyai masalah disiplin, terdapat tatacara yang harus diikuti iaitu pihak sekolah harus memastikan kebenaran aduan yang diterima dan setelah mendapat kepastian, pihak sekolah harus membuat siasatan untuk membuktikan kesalahan pelajar tersebut. Selepas itu, kes ini akan dibicarakan dan pelajar mempunyai hak untuk membela diri supaya pengetua dapat mempertimbangkan dengan seadilnya. Sekiranya pelajar Berjaya membuktikan tidak bersalah, pengetua tidak akan menjatuhkan hukuman kerana tiada bukti yang kukuh. Tetapi sekiranya pelajar didapati bersalah, pengetua harus menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

BAB 7

PENGURUSAN BILIK DARJAH



Kesimpulannya, penyusunan bilik darjah ialah penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang  sesuatu pembelajaran.  Unsur fizikal bilik darjah ialah tempat duduk pelajar merupakan kedudukan pelajar tidak boleh diubah suai bagi menggelakkan berlakunya kekeliruan sewaktu belajar, meja guru merupakan meja guru biasanya terletak dibahagian hadapan kelas.  Guru harus berada di sekitar meja pelajar bagi pembantu dalam proses pembelajaran. 

Selain itu, kegiatan rutin bilik darjah ialah dalam menjalankan rutin di bilik darjah, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru iaitu membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah, rutin bilik darjah perlu dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan, semua bahan pelajaran yang diperlukan dalam bilik darjah mesti disediakan, disusun dengan betul dan mudah didapati dan merancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan bersistem.  Faedah rutin bilik darjah ialah proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur, pengurusan rutin yang teratur akan menjimatkan masa guru dan pelajar, pengurusan rutin bilik darjah yang sempurna dan cekap akan menimbulkan rasa selamat kepada pelajar dan sebagainya

Strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengn tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan. 

BAB 6

PENGURUSAN SUMBER

           Pengurusan sumber merujuk kepada pusat sumber yang terdapat pelbagai sumber-sumber yang dikehendaki dan pusat sumber merupakan satu tempat yang wajib ada di setiap sekolah. Pusat sumber turut dikenali sebagai tempat perkhidmatan, koleksi serta sebagai agen perubahan. Pusat sumber merupakan tempat yang mampu memberikan suasana pembelajaran yang selesa kerana faktor persekitaran yang tenang dan damai. Perkhidmatan yang disediakan di dalam pusat sumber turut membolehkan para pelajar memperoleh kemahiran di dalam pembelajaran, di samping koleksi bahan yang terdapat di dalam pusat sumber disediakan dengan teratur dan sentiasa dikemaskini agar maklumat yang terdapat di situ mengikut perkembangan pendidikan.

            Kaedah pembelajaran berasaskan sumber meliputi satu mata pelajaran tertentu atau melibatkan berbagai disiplin pelajaran. Kaedah ini dibimbing oleh guru dan berpusatkan murid dan sering menggunakan bahan dalam pembelajaran secara individu atau kumpulan. Komponen pembelajaran berasaskan sumber pula meliputi penggunaan buku teks. Melalui buku teks ini, murid-murid akan menjalankan penelitian dalam mencari bahan dari pelbagai sumber seperti buku teks, artikel, jurnal dan sebagainya. Pembelajaran berasaskan sumber merupakan aktiviti pembelajaran yang memberikan penekanan kepada sumber pendidikan agar melalui pendekatan seumpama ini, murid-murid dapat meningkatkan lagi motivasi belajar kerana mereka telah didedahkan dengan kaedah kerja melalui bahan sumber yang digunakan

BAB 5


PENGURUSAN BILIK DARJAH.

Berdasarkan artikel yang saya kaji iaitu” pengurusan bilik darjah”, terdapat empat subtopik yang telah dibincangkan berkaitan dengan konsep pengurusan bilik darjah, Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah, rutin bilik darjah dan disiplin bilik darjah. Artikel ini mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai tindakan yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah agar sentiasa dituruti oleh pelajar agar membina suasana bilik darjah yang kondusif dan disiplin pelajar dapat diurus secara berkesan. Daripada hasil bacaan saya, terdapat dua faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah iaitu faktor fizikal dan faktor psikososial.

Faktor fizikal adalah berkaitan dengan bagaimana keadaan bilik darjah yang menarik dapat membantu dalam proses pembelajaran pelajar. Di dalam setiap bilik darjah, susunan peralatan dan kemudahan di dalam bilik darjah harus diberikan penekanan bagi membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor psikososial pula merujuk kepada keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Terdapat faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat iaitu pendekatan pelajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi. Daripada faktor tersebut menunjukkan bagaimana proses pembelajaran dilaksanakan dan kepimpinan yang berbeza dibawa oleh guru mampu memberikan kesan yang positif terhadap suasana pembelajaran. Terdapat dua jenis kepimpinan yang dibawa oleh guru iaitu kepimpinan berbentuk autoritarian dan juga demokratik.

Kepimpinan autoritarian dapat dijelaskan dengan sikap guru yang menggunakan cara memberikan ganjaran dan hukuman terhadap sikap yang dibawa oleh murid manakala guru yang membawa jenis kepimpinan secara demokratik pula membawa sikap antara guru yang saling hormat-menghormati dan guru sentiasa memberikan galakan dan sokongan moral kepada pelajarnya. Hal ini mampu memningkatka komunikasi yang baik diantara guru dan pelajar dan mampu meningkatkan lagi suasana pembelajaran yang harmoni. Pengurusan bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar apabila terdapat rutin bilik darjah disediakan. Rutin bilik darjah merupakan aktiviti harian yang dijalankan di dalam kelas yang mampu mengeratkan lagi semangat bekerjasama di kalangan murid malah disiplin dikalangan murid juga mampu menaikkan sahsiah diri murid-murid. Oleh itu, amat penting bagi guru untuk memastikan disiplin pelajar terjaga agar murid-murid tidak menghadapi sebarang masalah yang boleh mengganggu sepanjang aktiviti pembelajaran.

BAB 4

PENGURUSAN MURID



Menurut slaid yang saya gunakan, pengurusan murid ini melibatkan pengurusan rekod murid, kesediaan murid dalam pembelajaran serta memotivasikan murid. Bagi pengurusan rekod murid, Penolong Kanan HEM harus memastikan sistem pengurusan murid dan sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat dimantapkan lagi. Sistem pengurusan murid harus dijalankan dengan baik bagi memastikan perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar dapat ditingkatkan. Di dalam pengurusan sistem pengajaran dan pembelajaran terdapat empat kategori iaitu pengurusan hasil kerja murid, maklum balas dan prosedur pemantauan, pemantauan kerja murid “in progress” dan “long-range” dan akhir sekali adalah komunikasi tugasan dan keperluan tugasan.
            Konsep kesediaan pelajar pula merujuk kepada keadaan di dalam diri sendiri yang terdapat pada seseorang yang bersedia dan berkebolehan untuk mempengaruhi sesuatu pengalaman pembelajaran yang baru. Kesediaan belajar merangkumi kesediaan kognitif. Kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor yan bergantung kepada perkembangan mental, emosi dan fizikal. Kesediaan kognitif amat penting bagi pelajar kerana ianya berkait rapat dengan mental untuk memahami dan juga berfikir. Manakala kesediaan afektif pula merujuk kepada sikap, keinginan, ketekunan, perasaan untuk menerima pembelajaran yang cuba disampaikan. Akhir sekali adalah kesediaan psikomotor merupakan penguasaan kemahiran yang melibatkan tindakan fizikal.
            Walau bagaimanapun, terdapat masalah yang melibatkan perbezaan kesediaan pelajar yang boleh menyebabkan pelajar mudah dalam pembelajaran dan sebaliknya. Antara masalah yang melibatkan masalah perbezaan dalam kesediaan belajar adalah perbezaan perkembangan mental, perbezaan sikap dan minat, perbezaan kadar pertumbuhan fizikal, perbezaan keyakinan diri, perbezaan jantina dan juga perbezaan dalam diri individu. Daripada perbezaan yang terdapat di dalam diri pelajar ini menunjukkan bahawa setiap pelajar mempunyai masalah dan latar belakang yang berbeza. Oleh itu amat penting bagi guru untuk mengetahui perkara tersebut agar setiap pelajar tidak terlepas dalam memperolehi sebarang maklumat. Guru harus menguasai kemahiran yang sepatutnya untuk menghadapi masalah perbezaan yang timbul di kalangan pelajar. Bagi memasikan kesediaan pelajar, motivasi mampu membantu para pelajar kerana konsep motivasi merupakan satu cara bagi menentukan tingkah laku untuk mencapai sesuatu yang ingin dicapai. Terdapat dua jenis motivasi iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ini melibatkan pengaruh guru tersebut bagi memastikan pelajar memperoleh matlamat dalam pembelajaran yang telah ditetapkan. Manakala peneguhan negatif pula merujuk kepada kaedah guru bagi membentu pelajar agar tidak terlibat dengan perkara yang negative yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

BAB 3

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Kesimpulannya, pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.  Manakala sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia.  Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain.  Tiga ciri yang menjadikan organisasi sekolah kini paling sukar ditadbir.  Antaranya, sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Klien dan bahan mentahnya manusia, sumbernya manusia dan matlamatnya berkait dengan manusia.  Yang kedua, kumpulan sasaran manusia- kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam period perkembangan mental, fizikal, emosi dan sosial dan matlamat utama sekolah berkait dengan pendidikan.  Pendidikan berkait dengan pembelajaran, perkembangan dan pembangunan diri manusia.
Pendidikan ialah proses pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Pendidikan juga suatu proses bagi mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih selamat.  Prinsip pengajaran ialah pengajaran perlu dirancang mengikut fasa dan turutan.  Set induksi aktiviti ringkas bagi menarik minat dan perhatian.

BAB 2

PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR


Secara keseluruhannya, untuk berinteraksi dengan pelajar haruslah mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik.  Komunikasi dalam pendidikan merupakan satu elemen yang cukup penting kerana melalui komunikasi ini lah proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.  Oleh itu, sekiranya ada kemahiran berkomunikasi ini juga berita yang disampaikan itu tepat dan mudah difahami oleh orang lain.
Selain itu, berkomunikasi dengan baik ini dapat memudahkan guru untuk berinteraksi dengan pelajar.  Hal ini kerana pelajar mudah memahami berita yang disampaikan oleh guru tersebut dan dapat menjayakan tugasan yang diberikan dengan cepat.  Guru dan pelajar juga akan menunjukkan satu sikap yang edukatif kerana berlakunya perubahan tingkah laku pelajar kea rah kedewasaan.  Kemahiran berinteraksi pembelajaran mereupakan satu faktor yang membolehkan seseorang pelajar itu cemerlang dalam pembelajaran.
Dalam proses pengajaran pula, seorang guru haruslah menunjukkan keterampilan yang cukup baik kepada pelajar ketika berada di kawasan persekolahan.  Hal ini bagi memastikan pelajar dapat belajar dengan suasana yang ceria.  Sekiranya penampilan guru tidak menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar akan menyebabkan pelajar tidak selesa ketika berada di dalam kelas.

BAB 1

MENGURUS PEMBELAJARAN


Kesimpulannya, profesion mengajar merupakan tugas professional yang memerlukan daya tahan, daya saing dan kemahiran kepimpinan yang baik yang datang dari bakat dan kebolehan individu tersebut.  Sebagai guru yang baik ialah guru yang pandai menguruskan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.  Guru perlu menunjukkan pengalaman yang mereka ada ketika berada di dalam kelas.  Guru juga perlu memupuk sikap keyakinan diri dalam diri pelajar seperti melakukan aktiviti pembentangan dalam berkumpulan.  Aktiviti pembentangan berkumpulan secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar.
Guru juga perlu meningkatkan tahap berkomunikasi dengan pelajar secara jelas dalam pengajaran dan pembelajaran.  Komunikasi memainkan peranan yang dalam pengajaran dan pembelajaran kerana komunikasi yang baik dan teratur mampu mewujudkan kefahaman yang mendalam oleh pelajar.  Guru-guru yang telah menjalani penguruan sepatutnya memiliki kompetensi berdasarkan pengetahuan teori, latihan pratikal dan kemahiran insaniah.  Kemampuan dan keupayaan para guru dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran mampu melahirkan dan mewujudkan suasana yang ceria, kondusif dan menyeronokkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran disaming membentuk pelajar yang aktif dan berkeyakinan dalam diri.

Kesemua elemen-elemen di dalam kompetensi penguruan pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting untuk dijadikan panduan kepada para guru dan pihak pentadbiran sekolah dan menguruskan pengajaran dan pembelajaran.  




Selamat Datang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Blog ini disediakan khas untuk subjek kami iaitu kps3014 iaitu untuk pengurusan dan pembelajaran. Blog ini juga mengandungi ringkasan bab teori, mengenai teknik pengurusan bilik darjah dan pengurusan sekolah. oleh itu, dengan terdapat adanya blog ini dapat membantu kita semua serba sedikit dalam menguasai teknik berkesan yang lebih ekfisien.

JURNAL

Artikel yang dirujuk artikel dibawah merupakan sumber rujukan bagi menyiapkan semua bab. Diharapkan dapat membantu dan memudahkan anda s...